Saturday 22 November 2014

Bajet emosi.








Assalamualaikum WBT


Kenapa aku buat blog ?

Kenape weiii ?

Sebab nak express feeling (cehhh bajet)..

Ye untuk luahkan apa yang terbuku, suka, sedih, gembira, marah, dan yang banyak tentang emosi aku. ye aku kesunyian, ye aku seorang yang loser, ye aku seorang yang anti-sosial ye ye ye dan ye.

Aku ada ahli keluarga yang ramai, sepupu sepapat, kawan-kawan dan rakan taulan, tapi bab rahsia dan masalah susah nak cerita, mungkin pengalam mengajar aku lebih berhati-hati. Aku jadi insecure. Aku jadi takut nak luah masalah, sebab mereka manusia biasa, aku pun manusia biasa juga bakal suami pun manusia biasa juga (ada ke manusia luar biasa ?) . Hakikatnya mereka boleh dengar dan bagi nasihat, tapi tak tahu apa yang aku rasa, tak faham aku sampai sudah.Ada kala memang tak cuba faham. Cukuplah aku berdiam. Mungkin tu lebih bagus.

Ni pun dah nak akhir tahun kan (tiba-tiba). Boleh tak aku nak share apa yang aku nak sebenarnya dari manusia-manusia yang rapat dengan aku. sebenarnya tiada pun yang rapat dengan aku sebab aku kan loser. ayat tacing sket.


Keluarga,
Please restu apa yang aku nak buat dalam hidup. Jangan halang @ assume to early. Aku tahu apa aku buat. Jangan buat aku rasa tertekan sebab nak puaskan hati semua orang. Semua itu tak membantu.

Kawan-kawan
- Maaf aku tak dak kawan. Jujur aku hilang kepercayaan dalam erti persahabatan. serik . itu mungkin yang sesuai. Kalau ada itu mungkin kenalan.

Masa hadapan.
Ya awak. awak yang bakal hidup dengan saya. Saya akui saya ada kekurangan yang dah lama membesar dengan saya.

  • emo/sensitif
  • gelabah/cuai
  • degil
  • cepat nek angin
  • takut dok sorang (gedik)
Saya harap awak tak ambil hati dan merajuk dengan diatas, Saya okey tak pernah lagi makan orang, Please jangan abaikan saya, jangan tak bercakap dengan saya. please jaga hati saya. Terima diri saya dengan berlapang dada. In shaa Allah saya akan buat perkara yang sama kalau awak buat dulu . errr boleh cenggitu ??. Awak bertuah tahu sebab saya ni seorang yang kelakar. hehe (krikk krikk kriiikk


Emosi pandai, jiwang pandai, tapi keje malaih... esh esh buruk naww perangai. dushhhh

k bai.




Me,
emo dan aku berpisah tiada.

Saturday 1 November 2014

Hi November !



Assalamualaikum


Hai November !


Aku selalu dok rasa bulan November & Disember ini adalah bulan yang rasa lama lagi nak sampai. Hehe ,,, fikiran clishe sangat, cam bebudak perangai nya. ^^


Jujur aku suka imbau balik masa lalu, Orang kata tak elok sangat tengok ingat balik masa lepas, nanti kalu part yang sedih boleh nangis balik, tapi kalau part yang gembira, mula la sengih sorang-sorang. Gilo ! Errrr tetiba emosi dah kenapa ? Krikkk Krikkkk


Aku pun kadang tu menyampah gak dengan kejiwangan aku nih. tapi nak buat macam mana, aku dan jiwang, emosi berpisah tiada. hehe. memang hidup aku penuh dengan nostalgia, kenangan, (macam la orang len tak dak. huh)





















Me,
Wahai kenangan, awak memang manis, pahit pun jadi manis bila dah lama-lama kan. Tu tanda nya hati kita da redha. 




Friday 31 October 2014

Kenangan itu

Assalamualaikum WBT



Hari ini hari lahir seseorang
Seseorang yang ku kenal, masih dalam satu darah
Memang singkat, tapi tempias nya sampai sekarang


Hampir 7 tahun masa berlalu. Aku cuba buang kenangan itu, no telephone aku dah lupa. kenapa tarikh lahir nya aku masih ingat walaupun puas aku pujuk otak ini untuk lupa seperti mana tarikh-tarikh orang yang sudah tidak penting dalam hidup aku lagi. Ini memang degil. Nyah kau dari sini. Cepat !


'Muka awak ni macam orang Jepun la'
' Nanti raya tahun depan kita pakai baju sama kaler ya'


Penangan cinta monyet betul lah

















Me,
Please jangan datang pada hari bahagia aku. Sebab hati aku masih sakit.

Thursday 9 October 2014

Mati kutu . Er bukan kutu aku



Assalamualaikum WBT...

Wuuuuu rindu sama blog aku. Err walau tak dak apa sangat pong. haha
Sebenarnya aku pun tak tahu nak taip apa, kering idea, mati kutu. =='
Jadi aku pun buat malas la, lagi pun aku sorang yang baca pun. Wakaka

Eh eh.. Jap je kan da bulan 10, memang masa cepat berlalu, tak sempat tunggu kita,
Aku yang dok baru sweet-sweet 25, tetiba lagi 2 bulan da 26tahun. Weeeeiii aku nak 25 gak tak pun 18... Hehehe . Merepek no 1, rebina no 2 matang no patbelas. Adoyaii.

Tu sahaja mukodimah untuk bulan 10. Err tiba-tiba (krikkk krikkk).



Me,
Senyum seindah suria, yang membawa bahagia (err krikk krikkk lagi) ^^

Friday 26 September 2014

Sahabat, aku rindu


Assalamualaikum...



Bila emo aku datang...
Rasa nak taip sesuatu
Rasa nak luah sesuatu
Rasa nak share sesuatu.. di sini lah tempat nya


Jauh di lubuk hati aku ni
Aku ingin benar rasa nya bersahabat
Sahabat yang tidak akan pernah tinggal dan abaikan aku walau jauh nya beribu batu.


Awak,kamu,
Aku rindu sangat. sangat . sampai mengalir air mata ini.
Kenapa aku seorang yang perlu imbas memori ini,
Hakikat yang sebenarnya melukakan. pedih, sayu,


Mungkin aku tidak bernasib baik dalam berkawan,
Mungkin aku salah menilai diri menganggap ramah,
Mungkin dunia sudah tidak wujud 'bff forever'


Ahhhhh....
Aku patut tenangkan diri
Kita semua pasti ada dunia sendiri, keluarga baru,
Jangan pentingkan diri. bina hidup sendiri, cari bahagia sendiri. dasar tamak kan aku.
Percayalah, setiap orang yang kita jumpa pasti nya bersebab. Dia yang tahu.


Aku akan berusaha, cekal
Harap tiada tangisan lagi untuk kenangan ini, walau di selak, hati masih rapuh.
Aku ingin buang rindu itu, jauh.. jauhhhh .. jauh sekali, tempat yang tak akan pernah jumpa.





Me,
Walau sekuat mana,sehebat mana,setabah mana kita jaga hati seseorang, pasti tercuit juga. Berserah pada Ilahi, agar diikhlas kan hati menghantar memori pergi.









      menitis lagi air mata ini, ahhh sumpah aku sedeh wehhhh.



Sunday 3 August 2014

Raya : Duit Raya

Assalamualaikum WBT


Masih mood raya.

Saja nak cerita ni, 1st time dapat duit raya banyak ni, da besor gajah pun dapat duit raya woi (padahal puas mintak duit raya sampai nak merajuk. wohhh buruk betul peragai !)








terima kasih geluk rado



Apa pun, selamat hari raya sekali lagi. 





Me,
Raya, nikmati raya,hargai raya dan kutip duit raya. hikhikh ^^

Sunday 27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA (2014)



Assalamualaikum WBT


Dah tak lama dah oi nak raya !! bapak excited gila nak balik kampung. ^^
Aku suka balik kampung. Suka sangat. Tak tahu kenapa. (cehhhh padahal orang len pun suka balik kg jugak. apa daaa). Hmmm aku harap kegembiraan aku balik kampung aku boleh dikongsi bersama dengan laki dan anak-anak aku aku akan datang (berangan kemain betul =,=). Yang akan suka juga balik kampung, yang suka suasana kampung ,yang tak kesah pun kalau ajak balik kampung tetiap bulan (boleh kopak ni. hehe). Tak pa selagi tak kahwin boleh doa kan dapat laki yang baik dan manjakan aku macam tu. Amin 44x.


Apa ni. orang cerita pasai raya la, bukan pasai kahwin. gatai ni!. Okok, nextt... tema baju raya family aku tahun ni gold. tapi masih tak beli-beli hingga kini.apakah kemalasan ini ?? Rasa macam nak pakai tahun lepas punya je. ahaaa save budget. hikhik


Nexttt.. tahun ni aku nak sponsor apa ya dekat rumah ?? kuih-kuih Kak Zura sudah beli, kerepek Kak Yah beli kan, air gas Abang Amir, Noni mesti buat kuih. Aku ? apa jenis bahagian nak bagi ni. Ponin niha nak memikiorkan. Bagi kekacang la, macam kebestsan aja. wuhuuu.oraittttt kira setel la ni.


Nexttt.. nak raya mana? Yang aku tahu, setiap tahun mesti pergi raya rumah Azira, kawan baik aku sedari sekolah rendah,masih hingusan sampai sekarang. dah jadi acara wajib, pastu rumah sedara, destinasi yang lain takdak, duduk rumah sahaja bajet jadi gadis sunti munti yang ayu lagi pemalu. puiiiiii


Tu saja kot. Tetiap tahun macam gitulah. tak lari mana pun. Rasa happy ja dapat berkumpul adik-beradik, dah la lama tak jumpa, anak-anak depa pun sedar-sedar cepat aja membesar, aku pun kalah. haihhh.hampa taw. T.T


End of my raya story.see you soon. muahx !


Apa pun.. Mak, Abah. I LOVE YOU !














Jom balik kampung woiiii !! Hahaha




SELAMAT HARI RAYA SEMUA !!!!!!









Me,
Terima kasih Allah ^^