Thursday, 19 December 2013

Guli

Assalamualaikum


Selamat Petang. Senyum sikit. hihi

Bila malam, asal mata nak terpejam ja, mesti ada ja yang menganggu waktu tidur aku.  Bukan manusia atau binatang, tapi kenangan dulu-dulu. Zaman kecik-keciklah yang paling banyak. Pastu dok sengeh sorang-sorang (gilo). Padahal,selalu aku masuk tidur dalam pukul 10 lebih macam tu, tapi bila 'punca tak leh tidur' tu mai, mula la melarat sampai ke tengah malam. haishh. pelis lah tidur. siang-siang pun boleh berkenang-kenang lah .huh.marah ni tahu.






GULI?? 

Tahu apa itu GULI ? 


 

ini dia guli


Perghhhh..
Memang layan men benda ni. Kalu tak silap aku, zaman kegemilangan aku, sepupu, jiran sekampung masa masih sekolah rendah la. Masih dok pakai seluar paras lutut,dengan tak pakai baju, punya la pulun nak main. malu aihh dok cerita kat orang.


Duit sekolah, dok habis kat guli ja. Guli susu la, guli berkaler la, konon nak cari yang 'targan' punya. Cehhh. Perabih duit mak pak pandai nehh. hehe. Tapi bila main guli kalah, dan duit tak dak nak beli, apalagi korek tanah la kat belakang rumah, tempat-tempat bakar sampah la jawabnya. Kalau bernasib baik dan rezeki jumpa yang abang-abang dulu tanam dalam balang. Rezeki ooii. HAHA. Kalau tak,  sebijik dua ja boleh jumpa, kadang tak jumpa langsung.hampeh.


Masa main tak kira dah, sekolah ke, tak sekolajh ke, cuti ke, hari minggu, hari hujan,hari panas, kira hari-hari lah main. esh-esh, sampai la datang musim baru pulak, macam musim rounders ke, layang-layang ke, mengail ikan ke, dan bermacam-macam jenis lah,baru la beransur main guli ni.







Seronok oohhh !






Gaya mesti ada




Guli susu. Mahai neh kalu nak beli. hehe


Yang paling tak tahan, bila dah habis musim dia, dah tak main guli ni, main buang ja merata-rata. Pastu jumpa ja kat mana-mana. Bila musim dia, mula la kalut cari, nak cari dan-dan la tak jumpa. geram aihh.


Zaman la, aku tengok adik aku pun dah tak main, depa men ipad/henpon touch screen ja. huh. tak rare langsung. 





sumber gambar : aku jumpa kat gugel ja. 

pulun = bersungguh-sungguh
targan = guli bertuah/hebat





Me,
Zaman kanak-kanak lah zaman paling tak stress.hehe.syiok

Tuesday, 17 December 2013

Aku anak kampung

Assalamualaikum....





Walaupun bukan sawah padi. Tapi tetap indah. Oh kampung ku 


sumber gambar : dari orang kampung jugak. bekas anak ketua kampung dulu



Hari-hari aku dok kira hari dekat kalender. Nampak sangat dah tak sabar. Sabar nac, tak lari kampung hang tu. hehe.Balik belom lagi, tapi dalam palaotak aku dah pelan macam-macam. itu la,ini la. tah-tah tak jalan langsung. over betul.


Dulu masa kecik sibuk nak cepat besar, nak cepat keluar dari rumah,dari kampung (bajet nak dok jauh,takyah kena buli ngan kakak,abang &adik ,takyah kena suruh & bebel dengan emak.huh buruk perangai) tapi bila dah abis SPM, sambung belajar kt Kelantan 3 tahun,sambung lagi kat Terengganu 2 tahun,pastu sekarang keje dekat KL, hambek kau rasakan, asal ada cuti panjang je, gedik-gedik la nak balik kampung rindu mak abah. hehe.


Bila dah duduk jauh, jauh dari keluarga, baru rasa rindu kan.

Rindu suara emak,
Rindu nak gaduh-gaduh dengan adik-beradik,
Rindu nak makanan kat kampung,
Rindu nak pergi pasar malam,
Rindu nak naik motor,
Rindu nak panjat pokok. ooppss !
Rindu semua lahhhhh


Jadi, haruslah bersyukur kerana masih lagi dalam Malaysia, jadi boleh lah balik bila ada cuti. ^^


Apa plan aku nehh time balik kampung nanti


  1. Pergi pasar malam - Kena cari laksa Pak Chik Cht,Ibol. ini wajib
  2. Kedai mak ndak - pekena koewtiaw sup + milo kepal tak pun ais kacang pon sodap
  3. Tesco/Ts - paksa mak atau adek pergi. haha. 
  4. Buat moist choclate cake -  untuk birthday emak


Nampak macam biasa, tapi tu la saat yang aku nak sangat menghabiskan masa dengan famili. Harap, tu lah jadi rutin aku setiap kali balik kampung. Dah kahwin nanti, dengan laki aku usung balik. hehe.InsyaAllah.








Nac,
Aku anak kampung.

Sunday, 15 December 2013

Selamat Tinggal

Assalamualaikum WBT



Ya,
Lagi 2 minggu aku dah nak berhenti kerja,
Lagi 2 minggu aku dah nak balik kampung.
Aduhai rindu nya rasa dihati
Seperti mahu pulang sekarang juga
.

Dan,
Di sini,
banyak yang aku telah pelajari, biarpun seasas sahaja.
Di sini,
banyak pengalaman yang ditimba, biarpun setahun jagung.
Di sini,
banyak kenalan yang ku kenal, biarpun berlainan bangsa & negara.


Moga kita ketemu lagi
Terima kasih semua.









Nac,
Rezeki Allah Maha Luas, In Shaa Allah

Thursday, 12 December 2013

12 Disember

Assalamualaikum WBT









12 Disember

Ku kira
Hari yang ku tungu-tunggu setiap tahun,
Hari yang bisa buat ku tersenyum
Hari yang amat bermakna buatku,
Hari yang kenal erti kenangan,


Dan juga hari yang penuh dengan emosi


12 Disember

Akan ku ingati tarikh ini hingga akhir usia.



Me,
Love is a moment



Saturday, 7 December 2013

Loi

Assalamualaikum.. WBT


Entri ini ditulis dalam keadaan marah. amat.

Aku cukup geram bila orang tu dok buat loi ja.

Faham la keadaan orang lain sama, jangan la pikir yang orang len senang.jangan nak buat tak tahu sangat.

Tak apa, aku dah tak lama

Aku betul-betul tak puas hati dan give up.



Nac,
Karma - think twice. 

Monday, 2 December 2013

Suntikan

Assalamualaikum.. WBT






see.. baby ni relax ajer. tak macam aku.nebes je lebeh. huh !




Hai. Salam Gembira. Gembira dak ?

Gembira vs suntikan ?

Err aku takdelah gembira sangat. biasa-biasa je.Tapi bila sebut je pasal suntikan, aku jadi tak gembira langsung. Nak nak pulak aku yang nak kena cucuk. huiiiii mau seminggu dok memikirkan nya, tido pun tak lena. Teruk betul.

Orang lain rilex jer, aku yang gabra lebih. Ini semua momokan adik beradik,kawan sekolah,kawan kampung,jiran sebelah,senior yang mengatakan sakit la ni. Padahal seumur hidup aku baru kena cucuk 4 kali, tapi sampai la dok takut lagi. Esh esh esh

Suntikan pertama : Darjah 1

Masa ni aku bukan ingat sangat, orang kata baru nak kenal dengan ubat-ubatan (er apa kaitan dengan cucuk ). Suntikan darjah satu dikenal sebagai cucuk air di kalangan rakan-rakan. Haha cucuk air. macam pelik jer. Aku masih ingat, ada budak satu kelas aku, nama dia Shahidan, dia nakai sangat. kami tengah beratur nak kena cucuk, dia dah lepas. Pastu dia dok kacau-kacau orang dan buat bising, nurse pun marah la, panggil dia, pastu dia kena cucuk sekali lagi. HAHA padan muka.



Suntikan ke-2 : Darjah 6

Aku start seriau kena cucuk masa darjah 6 ni la. Abang aku, sepupu dan rakan sebaya sibuk menyampaikan rumors yang cucuk ni sakit ya amat. Nama cucuk di berikan cucuk api. perghhh secuak dengan nama nya. Nama saintifik memang tak tahu. Boleh depa cakap jarum nak cucuk-cucuk tu di bakar dulu, pastu duk buat laga-laga macam pedang sebab nak bagi tajam. Apa la, motif sangat nak takutkan orang. Huh marah aku.
Bila tengah beratur tu,masing-masing la ketaq lutut-lutut, berpeluh-peluh, muka semua pucat lesi je. Lagi rasa macam nak lari bila tengok kawan sorang-sorang keluar dengan tangan sebelah duk tampal kain sepital putih, siap ada darah lagi. uwaaaa....

Bila turn aku... mana ada jarum kena bakar laga-laga. Marah. tapi err sakit dia boleh tahan jugak.adieh


Suntikan ke-3 : Tingkatan 3

Cucuk tingkatan 3 ni, depa panggil Rubella, mak aih nama kemain sedap. rasa macam nak bubuh nama anak aku jer nanti. HAHA. melampau. Masa aku darjah 6, sepupu aku kena cucuk rubella ni, aku tengok bila dia balik sekolah, muka dia pucat gila, lemau aje. Huh sepupu aku tu bagi negative impression betul. Dah la sakit kena cucuk api dok berasa nyut-nyut lagi. adohaii.. tak mau la naik tingkatan tiga.pelisss

Masa kan cepat berlalu, kelipak-kelipok , tetiba aku dah di tingkatan 3, dan di hari kesuntikan itu. Adegan lari sebab takut kena cucuk tetap ada, kawan aku Siti. Kami tengah beratur dalam bilik solat, dia dah berlegar-legar di tingkat 4, kata nya mak dia tak bagi cucuk. Tapi kalu mak tak bagi cucuk,then mesti ada surat pelepasan,then lagi bila dah ada surat tu, watpa nak takut dan lari-lari bagai. haish, aku pun heran.

Yang tak menahan, dah la ketaq kena cucuk, boleh pulak tengah-tengah dok tunggu turn budak-budak belakang dok bercerita kata 'wei tangan jangan dok buat keras,nanti jarum patah dalam tu' huii mau lagi debor wehhh.

Err bila time aku...
Lepas je kena, masuk kelas. Dok sembang-sembang pasal cucuk-cucukan, tiba-tiba aku pengsan. dem ! memalukan betui. = ='


Suntikan ke-4 : Typhoid (2013)

Yang ni paling baru, tahun ini, kali terakhir masa tingkatan 3 lah. Nak kata hampir 9 tahun yang lepas. fuhh lama gak noe aku tak kena ^^ . ni pun sebab aku keje R&R, bahagian makanan, nak tak nak kena la jugak hadap, kalu tak tokey aku la kena saman/denda. kesian la pulak. Masa anak boss bagi tahu aku, mati-matian aku yakinkan dia yang takpa, aku boleh lari kalu pihak kesihatan datang (bajet), dia tak endah pun, haish geram woh. Seminggu gak sebelum tido,tangan atas dahi,lutut bersilang memikirkan detik ngeri itu lagi.wuuuu.ngeri  !

Pada hari tersebut, aku buat bajet-bajet cool (gelora di hati sapa tahu), buat macam biasa. Mak aku pesan, balik nanti jangan mandi, sebab nanti boleh demam. Biar ubat tu sebati dalam darah dulu katanya. Okey aku sematkan dalam hati. Anak boss aku tu dulu kena cucuk typhoid ni, mau demam 2 3 hari gak, ada gak aku dengar orang lain pun sampai demam. Pelis..tolong jangan takotkan aku, aku cukup marah. huh !

Di saat aku dipanggil bersama 4 orang wanita yang layak di panggil kakak dan mak chik, aku kian berdebar, masuklah kami berempat. Dalam tu ada 2 orang lelaki, seorang sedang duduk, sibuk menulis, seorang lagi tukang cucuk.Uhh smart jugak MA ni ( gatai ). Di sebabkan masih trauma dengan kejadian lepas, aku cakap aku nak yang last (fuhh lega).Daripada aku dok tengok kakak-kakak tu kena cucuk, aku sembang la dengan brader yang duduk tu.

Aku : Bang, saya ni dah lama tak kena cucuk, last masa tingkatan 3 lah.
MA 1 : ooh, tak pa, tak sakit mana pun. (err macam tahu-tahu je aku takot) HAHA
Aku : yeke . hehehe

Sorang-sorang da lepas, time aku...

MA 2 : Duduk dulu. (terus nak cucuk)
Aku : Err.. jap jap... fuhhhhhh
MA 2 : Takpa, jangan takut, adik pandang belah sana okey
Aku : ...... (Sambil pandang sana)
Aku: err... Cik, saya takut la, dulu saya pernah pengsan (perlu ke bagitahumalu nyerrr)
MA 1 : Kak, datang sini jap, peluk dia jap (Sambil panggil kak-kak yang dah lepas)
Aku:.... dengan tak malu nya aku peluk kak itu (Baru je aku peluk, zasss dia dah cucuk aku.ciss)
Aku: Da cucuk?
MA 2 : Sudah-sudah (sambil senyum. ahaiii manis nya ^^)
Aku: terima kasih encik
MA 2 : sama-sama (senyum lagi. ahaiiiii lagi)

Baru je habis drama aku, aku mula pening da..

Aku : Cik, saya nak pengsan la (masih sempat bagitahu. haha)
MA 1 : Nah-nah, minum dulu (sambil hulur air mineral)


Lepas dapat minum jer. Alhamdulillah.lega rasa, hilang terus pengsan aku tu. Dan paling Alhamdulillah, aku tak demam pun. Kira aku lagi kental dari anak boss dan geng R&R yang lain la . hehe. (riak,takbur.huh)

Tu baru 4 kali sejarah dalam hidup. Kak aku cakap, tunggu la mengandung esok, tak cukup jari nak kena cucuk. aku? omaigadddd. (arghhh tak nak kawen la macam ni ! )

Tapi ada hati nak ada baby. acaner tuhhh ? huhu




Nac,
Sakit kena cucuk lagi saket dari saket putus cinta. bagi aku la. HAHA