Saturday, 24 May 2014

Cuti la wei

Assalamualaikum WBT




Cuti woiii...


Sila hargai cuti anda
Sila gembirakan hati anda
Sila lakukan sesuati yang nak sangat buat
Sila penuhi hari minggu dengan senyum walaupun ada orang kata anda gila

Ahhhhh pedulikan

Yang penting kita
Hati kita
Hari kita
Hidup kita

Tapi aku camna pulak..

Aku kalau makan jadi happy terus. hikhik. kuat makan tapi cekeding gak. bela saka paaa ^^

Tapi aku ada satu benda aku teringin. Aku nak makan kek keju bersalju (snow cheese cake).. sedattttt nyooo !!


Ni dia.....




         uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... nakkkkk.. nak sekarang gakk !



Itu saja segmen berbahong di hari wiken. adiosss. Bai





Me,
Semua nak. teruk betul. haishh nac nac

Friday, 23 May 2014

Ku keciwaa

Assalamualaikum WBT








Beberapa hari yang lepas, aku telah berada disituasi di mana aku aku dapat surat pengesahan / offer letter. Sepatutnya merasa gembira kan.

Namun.. kata-kata bos aku membuatkan aku sentap dan rasa moral kerja menjuman ke paras bawah dasar hati aku paling dalam. huh gila tragis kan

'Kerja masih tak cukup lancar, masih ada membuat kesilapan' dan bla bla bla...

Bagi orang lain mungkin okey la boss cakap camtu, bukan nya maki pon kan. Tapi bagi aku memang aku rasa down.

Aku bertungkus lumus selama tutttt bulan ni tahu samata-mata nak belajar, tak susah dia,tak nak banyak tanya dia. Datang awai gila, belum masuk waktu kerja dah buat kerja, tak berkira walau time rehat buat kerja walau balik lambit sikit (padahal pada hakikatnya dah mengelupur nak balik. hehe) Dan tahan segala emosi & kesabaran yang bersisa untuk melayan segala karenah client.

At least hargai tahap kebersungguhan aku kerja tanpa berkira dan sangat tepati masa. (cehhhhh poyo)

Yang tu jer ker dia nampak selama aku berkerja ni. sedih  nya lahai.

Lepas ni tak nak mai awai dah, nak mai on time dan betul-betul nak rehat time rehat.



Me,
Belajar sayangi diri . mesti

Friday, 9 May 2014

Bahagia itu sederhana. Bersyukurlah !

Assalamualaikum WBT...



Lama dah cek rasa gatai tangan. bukan gatai tangan nak dapat duit, tapi gatai tangan nak menaip, tapi akibat kemalasan melampau dan juga ketandusan idea untuk menaip lalu dibiarkan saja ia berlalu pergi tanpa arah dan tujuan,


Huh? apekah ketahian yang aku merepek kat atas nehhh ??


Ok lupakan. next...


Pada satu pagi hari yang damai, aku lihat semua orang dok kaluit dengan urusan masing-masing, ada yang nak pergi kerja, ada yang nak pergi sekolah, ada yang berniaga, ada yang kaluit nak kejar train takut terlepas ( err aku ler tuh. haha). Semua orang, berlainan bangsa,agama dan juga budaya ( apa kaitan ?) Dari riak muka ada yang gembira, ceria, marah dan muka selebet pun ada ( mungkin malaih nak pergi keje atau memang muka pesen tu, err aku pun heran ).


Siapa sangka di arus globalisasi moden ini, ketika masing-masing sibuk dengan perihal dunia sendiri. Kita lupa masih ada insan kurang bertuah yang ada sekililing kita,tak ramai, dan jujur aku cakap ada yang rasa keadaan itu dah jadi keadaan biasa, ya keadaan seharian.


Maksud aku apa ?

Peminta sedekah
Homeless (cewahhh. )
OKU
Orang tua


Dari pandangan biasa, kita rasa mende tu normal, tapi bagi aku lain. Aku rasa bila jumpa/nampak apa seperti aku cakap kat atas, aku rasa sangat-sangat bersyukur. bukan sebab nak hina or tak nak jadi camtu, tapi lebih kepada bersyukur dengan apa yang ada sekarang, lebih menghargai waktu-waktu sekarang. Boleh jadi motivasi aku bila aku susah, sedih dan bermasalah.


Dan aku akan ingat
Ohh.. aku patut bersyukur aku masih sihat
Aku masih ada rumah even uma sewa, kira ada gak la tempat berteduh,
Aku masih sihat, boleh la aku naksimpan sikit-sikit kalu one day sakit kan (err padahal aku boros gila)
Aku patut rasa bersyukur masih merasai nikmat sihat, mampu bekerja, mampu berjalan, mampu melihat, mampu bercakap, mampu mendengar mampu bercinta ( ehh  apa ni lari topik ?? x sensitif langsung)


Dan aku highligt kan sekali lagi, bukan niat aku nak pandang rendah, hina atau apa saja. Tapi aku melihat dari sudut hati yang tandus ini untuk melihat sebagai satu tanda/cara kita bersyukur dengan nikmat tuhan yang dipinjamkan sementara di dunia yang fana ini (ceeee ustazah ni)


Kita pun tak tahu, sempat ke kita tua, mampu ke kita kawal anggota badan andai tersurat pinjaman Allah itu setakat umur sekian-sekian sahaja, sempat ke aku nak ada rumah, mana tahu tiba-tiba bankrup, ada orang khianat/aniaya, hilang family dan tetiba jadi homeless. Jadi, apa yang aku nak cakap sekarang dengan keadaan yang sekarang patut bersyukur, bila kita rasa sederhana, baru rasa tenang dan bahagia akan seiring hadir.haaaa.. yang itu kita nak sebenarnya. gituhhhh


Mulai hari ini, sematkan diri, nampak je orang kurang bernasib baik dari kita, biasakan diri ucap dalam hati bersyukur. Alhamdulillah. Tapi kalu depa memerlukan pertolongan apa-apa, jangan banyak tanya tolong aje, ikhlas kan hati. contoh,orang buta tanya jalan ker, makchik/pakchik tengah berat akan barang ke, sesat ke kan. Esok lusa kita tua cam tu lah juga nak minta tolong orang muda, orang sihat.


Panjang aih aku dok bercerita hal dunia. Cukuplah tu.












Me,
Confuse. tetiba jadi serius, ketahian apekah ?


Saturday, 3 May 2014

Pernah tak rasa?

Assalamualaikum wbt

Pernah tak rasa ??

Rasa apa??

Hmmm malu aih nak cita (gedik gila)

Ye2
Macam ni bila tidur kita selalu mimpikan orang yang sama. Dia cakap rindu, kata nak jumpa lah itu lah ini lah sampai bangun pagi tengok-tengok banyak sungguh bulu mata dok jatuh( bagi mengukuhkan lagi cerita)

Tapi, yang sedih lagi confuse, realiti orang yang rindu aku dalam mimpi tak cakap apa pun aih, tengur pun idok apatah lagi bertanya khabar. Heran bak hang .

Jadi camtu lah cerita aku. Masih lagi dalam kekonfiusan.



Me,
Kot ye pun rindu call lah. Jangan la ego sangat kan.

Thursday, 1 May 2014

Saat jiwang


Assalamualaikum.. WBT


Mood aku hari ini tiba-tiba nak jiwang (padahal memang minah jiwang meleleh ==')
Kawan baya-baya aku almost 90 % dah kahwin, beranak pinak apatah la lagi banyak nya. Tinggal la aku dengan segelintir lagi masih sweet-sweet tunggu masa. ehekkk.

Dan tetiba aku rasa terharu beb dengar lagu ni beb. Rasa nak hadiahkan aje pada yang laki aku akan datang perghhhhh... macam kacan golek ajew... bisa dapat penampor ni. Ahhh biar kan nak gak kan


Ni lagu dia. wuuuuuu kasi tacing dulu







     to my future : terharu dakkk ???




Hehe. kemain aku kan. ^^




Me,
Jiwang dan aku berpisah tiada.