Saturday, 22 November 2014

Bajet emosi.








Assalamualaikum WBT


Kenapa aku buat blog ?

Kenape weiii ?

Sebab nak express feeling (cehhh bajet)..

Ye untuk luahkan apa yang terbuku, suka, sedih, gembira, marah, dan yang banyak tentang emosi aku. ye aku kesunyian, ye aku seorang yang loser, ye aku seorang yang anti-sosial ye ye ye dan ye.

Aku ada ahli keluarga yang ramai, sepupu sepapat, kawan-kawan dan rakan taulan, tapi bab rahsia dan masalah susah nak cerita, mungkin pengalam mengajar aku lebih berhati-hati. Aku jadi insecure. Aku jadi takut nak luah masalah, sebab mereka manusia biasa, aku pun manusia biasa juga bakal suami pun manusia biasa juga (ada ke manusia luar biasa ?) . Hakikatnya mereka boleh dengar dan bagi nasihat, tapi tak tahu apa yang aku rasa, tak faham aku sampai sudah.Ada kala memang tak cuba faham. Cukuplah aku berdiam. Mungkin tu lebih bagus.

Ni pun dah nak akhir tahun kan (tiba-tiba). Boleh tak aku nak share apa yang aku nak sebenarnya dari manusia-manusia yang rapat dengan aku. sebenarnya tiada pun yang rapat dengan aku sebab aku kan loser. ayat tacing sket.


Keluarga,
Please restu apa yang aku nak buat dalam hidup. Jangan halang @ assume to early. Aku tahu apa aku buat. Jangan buat aku rasa tertekan sebab nak puaskan hati semua orang. Semua itu tak membantu.

Kawan-kawan
- Maaf aku tak dak kawan. Jujur aku hilang kepercayaan dalam erti persahabatan. serik . itu mungkin yang sesuai. Kalau ada itu mungkin kenalan.

Masa hadapan.
Ya awak. awak yang bakal hidup dengan saya. Saya akui saya ada kekurangan yang dah lama membesar dengan saya.

  • emo/sensitif
  • gelabah/cuai
  • degil
  • cepat nek angin
  • takut dok sorang (gedik)
Saya harap awak tak ambil hati dan merajuk dengan diatas, Saya okey tak pernah lagi makan orang, Please jangan abaikan saya, jangan tak bercakap dengan saya. please jaga hati saya. Terima diri saya dengan berlapang dada. In shaa Allah saya akan buat perkara yang sama kalau awak buat dulu . errr boleh cenggitu ??. Awak bertuah tahu sebab saya ni seorang yang kelakar. hehe (krikk krikk kriiikk


Emosi pandai, jiwang pandai, tapi keje malaih... esh esh buruk naww perangai. dushhhh

k bai.




Me,
emo dan aku berpisah tiada.

Saturday, 1 November 2014

Hi November !



Assalamualaikum


Hai November !


Aku selalu dok rasa bulan November & Disember ini adalah bulan yang rasa lama lagi nak sampai. Hehe ,,, fikiran clishe sangat, cam bebudak perangai nya. ^^


Jujur aku suka imbau balik masa lalu, Orang kata tak elok sangat tengok ingat balik masa lepas, nanti kalu part yang sedih boleh nangis balik, tapi kalau part yang gembira, mula la sengih sorang-sorang. Gilo ! Errrr tetiba emosi dah kenapa ? Krikkk Krikkkk


Aku pun kadang tu menyampah gak dengan kejiwangan aku nih. tapi nak buat macam mana, aku dan jiwang, emosi berpisah tiada. hehe. memang hidup aku penuh dengan nostalgia, kenangan, (macam la orang len tak dak. huh)





















Me,
Wahai kenangan, awak memang manis, pahit pun jadi manis bila dah lama-lama kan. Tu tanda nya hati kita da redha. 




Friday, 31 October 2014

Kenangan itu

Assalamualaikum WBT



Hari ini hari lahir seseorang
Seseorang yang ku kenal, masih dalam satu darah
Memang singkat, tapi tempias nya sampai sekarang


Hampir 7 tahun masa berlalu. Aku cuba buang kenangan itu, no telephone aku dah lupa. kenapa tarikh lahir nya aku masih ingat walaupun puas aku pujuk otak ini untuk lupa seperti mana tarikh-tarikh orang yang sudah tidak penting dalam hidup aku lagi. Ini memang degil. Nyah kau dari sini. Cepat !


'Muka awak ni macam orang Jepun la'
' Nanti raya tahun depan kita pakai baju sama kaler ya'


Penangan cinta monyet betul lah

















Me,
Please jangan datang pada hari bahagia aku. Sebab hati aku masih sakit.

Thursday, 9 October 2014

Mati kutu . Er bukan kutu aku



Assalamualaikum WBT...

Wuuuuu rindu sama blog aku. Err walau tak dak apa sangat pong. haha
Sebenarnya aku pun tak tahu nak taip apa, kering idea, mati kutu. =='
Jadi aku pun buat malas la, lagi pun aku sorang yang baca pun. Wakaka

Eh eh.. Jap je kan da bulan 10, memang masa cepat berlalu, tak sempat tunggu kita,
Aku yang dok baru sweet-sweet 25, tetiba lagi 2 bulan da 26tahun. Weeeeiii aku nak 25 gak tak pun 18... Hehehe . Merepek no 1, rebina no 2 matang no patbelas. Adoyaii.

Tu sahaja mukodimah untuk bulan 10. Err tiba-tiba (krikkk krikkk).



Me,
Senyum seindah suria, yang membawa bahagia (err krikk krikkk lagi) ^^

Friday, 26 September 2014

Sahabat, aku rindu


Assalamualaikum...



Bila emo aku datang...
Rasa nak taip sesuatu
Rasa nak luah sesuatu
Rasa nak share sesuatu.. di sini lah tempat nya


Jauh di lubuk hati aku ni
Aku ingin benar rasa nya bersahabat
Sahabat yang tidak akan pernah tinggal dan abaikan aku walau jauh nya beribu batu.


Awak,kamu,
Aku rindu sangat. sangat . sampai mengalir air mata ini.
Kenapa aku seorang yang perlu imbas memori ini,
Hakikat yang sebenarnya melukakan. pedih, sayu,


Mungkin aku tidak bernasib baik dalam berkawan,
Mungkin aku salah menilai diri menganggap ramah,
Mungkin dunia sudah tidak wujud 'bff forever'


Ahhhhh....
Aku patut tenangkan diri
Kita semua pasti ada dunia sendiri, keluarga baru,
Jangan pentingkan diri. bina hidup sendiri, cari bahagia sendiri. dasar tamak kan aku.
Percayalah, setiap orang yang kita jumpa pasti nya bersebab. Dia yang tahu.


Aku akan berusaha, cekal
Harap tiada tangisan lagi untuk kenangan ini, walau di selak, hati masih rapuh.
Aku ingin buang rindu itu, jauh.. jauhhhh .. jauh sekali, tempat yang tak akan pernah jumpa.





Me,
Walau sekuat mana,sehebat mana,setabah mana kita jaga hati seseorang, pasti tercuit juga. Berserah pada Ilahi, agar diikhlas kan hati menghantar memori pergi.









      menitis lagi air mata ini, ahhh sumpah aku sedeh wehhhh.



Sunday, 3 August 2014

Raya : Duit Raya

Assalamualaikum WBT


Masih mood raya.

Saja nak cerita ni, 1st time dapat duit raya banyak ni, da besor gajah pun dapat duit raya woi (padahal puas mintak duit raya sampai nak merajuk. wohhh buruk betul peragai !)








terima kasih geluk rado



Apa pun, selamat hari raya sekali lagi. 





Me,
Raya, nikmati raya,hargai raya dan kutip duit raya. hikhikh ^^

Sunday, 27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA (2014)



Assalamualaikum WBT


Dah tak lama dah oi nak raya !! bapak excited gila nak balik kampung. ^^
Aku suka balik kampung. Suka sangat. Tak tahu kenapa. (cehhhh padahal orang len pun suka balik kg jugak. apa daaa). Hmmm aku harap kegembiraan aku balik kampung aku boleh dikongsi bersama dengan laki dan anak-anak aku aku akan datang (berangan kemain betul =,=). Yang akan suka juga balik kampung, yang suka suasana kampung ,yang tak kesah pun kalau ajak balik kampung tetiap bulan (boleh kopak ni. hehe). Tak pa selagi tak kahwin boleh doa kan dapat laki yang baik dan manjakan aku macam tu. Amin 44x.


Apa ni. orang cerita pasai raya la, bukan pasai kahwin. gatai ni!. Okok, nextt... tema baju raya family aku tahun ni gold. tapi masih tak beli-beli hingga kini.apakah kemalasan ini ?? Rasa macam nak pakai tahun lepas punya je. ahaaa save budget. hikhik


Nexttt.. tahun ni aku nak sponsor apa ya dekat rumah ?? kuih-kuih Kak Zura sudah beli, kerepek Kak Yah beli kan, air gas Abang Amir, Noni mesti buat kuih. Aku ? apa jenis bahagian nak bagi ni. Ponin niha nak memikiorkan. Bagi kekacang la, macam kebestsan aja. wuhuuu.oraittttt kira setel la ni.


Nexttt.. nak raya mana? Yang aku tahu, setiap tahun mesti pergi raya rumah Azira, kawan baik aku sedari sekolah rendah,masih hingusan sampai sekarang. dah jadi acara wajib, pastu rumah sedara, destinasi yang lain takdak, duduk rumah sahaja bajet jadi gadis sunti munti yang ayu lagi pemalu. puiiiiii


Tu saja kot. Tetiap tahun macam gitulah. tak lari mana pun. Rasa happy ja dapat berkumpul adik-beradik, dah la lama tak jumpa, anak-anak depa pun sedar-sedar cepat aja membesar, aku pun kalah. haihhh.hampa taw. T.T


End of my raya story.see you soon. muahx !


Apa pun.. Mak, Abah. I LOVE YOU !














Jom balik kampung woiiii !! Hahaha




SELAMAT HARI RAYA SEMUA !!!!!!









Me,
Terima kasih Allah ^^

Monday, 14 July 2014

Soseh-soseh Romadon



Assalamualaikum... WBT



Hai

Raya dah tak lama, lagi 2 minggu weiii. Jadinya minggu depan la aku balik kampung. wuhooo !
Tiket dah beli sebelum puasa lagi taw (eksaited kemain) tapi tiket balik kl belum lagi. haishhh tak yah balik la. nak menetap terus. Harap boleh. please


Persediaan nak balik raya ?
Apa pun aku tak dak buat apa-apa , kuih-muih raya ?? huuuuiiiii kelaut la jawapnya. hehe ^^
Yang aku tahu setiap tahun, raya nak balik kampung. kampung kampung dan kampung. harus ingat, future laki aku mesti kena suka kampung. tak suka rugi. Sebab apa ? sebab best, segar, ada dusun-dusun buah, ada sayur-sayur depan rumah (ehh sayur pun nak up gak. motif sangat.muahaha) ada kawasan rumah yang luas, makanan mur2,  makanan sedap-sedap contohnya laksa buyong, milo kepal, dan ada char kuew tiaw yang super sedap . perghhh best nya ! ni rasa macam  nak balik sekarang jugak. please please


Tengok.. aku dah merapu.
Baiklah. Hari ini hari cuti Nuzul Al-Quran. Marilah kita beramal sebanyak mungkin di bulan yang penuh barokah ini. In Shaa Allah.Amin.






Selamat datang ke Perak. wuhooooo ! 










Laksa buyong !.... Oh Tuhan.. nikmatnya







sumber gambar:
-bukit gantang by blog asamgaram2puteri
-laksa buyong by blog penabisu






Me,
Selamat bercuti !

Thursday, 10 July 2014

Donut





Assalamualaikum WBT


Suka makan donut dak ??
Kadang bila lama tak makan, pastu pulak bila suasana hujan teringat.. nak makan panas-panas... fuhhh heaven gila rasa dia wehhh.

Pastu pergi la cari kat tempat ada jual kuih, nampak donut, beli. Bila perasaan teruja nak makan.......


KERAS pulak.


memang hampehhh.spoilll, !!!    apakah kekecewaan ini ?

Membebel panjang pun tak guna, meh sini share resepi senang gila babas untuk buat donut,

resepi asal : dapur-mamasya.blogspot.com/2013/06/donut-mudah-lembut.html




Donut 1/2 dari mamasya buat (dapat dalam 10 bijik)


  • 3 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu besar butter/mentega   - cairkan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 paket yis mauripan



Cara-cara  (aku akan instruc secara semudah mungkin ~ cehhh gaya cam reti sangat.puiii)

1. Cairkan butter, dah cair satukan dengan telur. ketepikan
2. Gula + susu pekat + air suam satukan. dan larut letak mauripan (biar 10 minit)
3. step 1 + step 2
4. Step 3 + tepung gadum . Gaul (biarkan 40 minit)
5. Doh akan lembik sikit, guna banyak tepung di tangan. Ratakan dan tekap dengan acuan bulat. guna cawan pon boleh. buat lubang tengah
6. Goreng
7. Gaul dengan gula.
8. Ngappppp


















Mudah kannnnnn ?


Tapi gambar hoverrr kemain. ==' haha saborlahhhhh










Me,
Kenyang perut, senang hati. Alhamdulillah


Saturday, 5 July 2014

Selamat Berpuasa



Assalamualaikum WBT


Hi !

Selamat berpuasa. Puasa ke??? Haha. aku puasa lahhh.

Tetiba esok dah hari ke-8 puasa. gila cepat masa sekarang ni. Buat apa tak tahu. Rasa macam duduk rilex-rilex aje.

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara, sihat sebelum sakit.. hidup sebelum mati

Bila aku duduk buat rilex-rilex , ambik hang, rasa lagu raihan ni sayup-sayup lalu kat telinga aku nehhh. Tudiaaa... mendapat dahh..

Yelah..
Aku cuba jadi lebih baik dari semalam, kalu tak dak yang baik, aku dok diam-diam. (errr nak tunjuk alim pulak bulan posa ni). hehe, padahal perangai sama geng dengan hantu aje. ^^

Apa yang aku cuba  nak sampaikan ni? tak dak motif langsung. dok merapu tak ketahuan ada la. input takdak langsung, mesej tak sampai...ceeeeeehhhh kemain kan.

Ok ok ok, apa yang aku cuba nak sampai kan adalah





SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM. 

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERSYUKUR MASIH DI BERI PELUANG UNTUK MERASAI NIKMAT BERPUASA LAGI PADA TAHUN INI.
 ALHAMDULILLAH !













p/s untuk diri sendiri : Jangan membaziaq di bulan romadon naaaaa






Me,
Alhamdulillah.syukur !






Thursday, 19 June 2014

It's all about us







Why is it so hard to say  " i'm sorry"  ?
















Me,
~one of the toughest parts of life is deciding when to give up or try harder

Wednesday, 18 June 2014

Pagi yang sempoiii

Assalamualaikum WBT


Hari-hari aku lalui macam biasa

Bangun pagi, buang sampah, jalan cepat-cepat takut train terlepas. Kadang nak lari macam marathon pun ada,tapi sebab aku pakai baju kurung (bajet sopan) lalu aku batal kan sahaja niat murni itu, tapi langkah harus laju sekali ya . Hehe

Ampang - Maluri

Tapi sebelum sampai Maluri, maha azab yang aku kena hadap ialah bau-bauan dari manusia. Ada yang tak mandi,ada yang bau badan kuat gila, ada bau baju tak basuh,ada yang bau peluh berlari (err aku berjalan laju tapi bau maintain hokeyy.cover2)aduh aduh. Tahan dan sabar untuk 7 minit. Sampai maluri, jalan laju lagi sebab kejar bas pulak. Haih.. Memang hari-hari terkejar-kejar. Tapi bagus juga untuk orang yang malas bersenam seperti aku ini. ^^

Bas aku pulak tak menentu. Kejap awai, kejap lambat, kejap jem, macam-macam . Tapi aku sabar, layan tengok langit kot ada kapal terbang,helikopter, roket lalu. Tah rasa happy pulak bila nampak. Rasa teruja.(hikhik gelak dalam hati sebab diri ini jakun sangat). Tengok orang yang buat kerja MRT, orang yang lalu lalang, sampai la bas datang. Kalu nasib kurang baik, dapatlah aku merasai suasana seperti dalam train tadi. Aduhaiii . Hilang lah bau hugo orange aku nih.(cehhh bajettt.riak.takbur.tak baik tuhan marah).

Ok,bertolak 730 am ada la sampai koi 8 lebey camtu. Cerita macam 3 jam nak pergi keje. What de fish what de fish aku merepek nihhh.

Sampai aje beli nasi lemak RM1 (gila murah.jimatt.hehe) petang pulak beli karipap dan cucur badak yang boleh tahan sedap nye.

Nak kata cam tu lah 5 hari bekerja aku.

Tapi apa motif aku bercerita pasai ni??? Perlu ke??

K bai,jum tido




Nac,
Life is a journey. Sweet&sour

Friday, 13 June 2014

Snow Cheese Pemalaih

Assalamualaikum wbt


Hari ini tetiba nak cerita pasai Snow Cheese Pemalaih... hikhik

Serius aku teringin sangat nak makan, nak beli or nak order kemain la mahai nyee.
Jadi aku pun mengambil jalan pintas dengan mengeluarkan idea yang super kurang bernas untuk memenuhi tuntutan nafsu makan aku nihhh... iaitu aku just ambik kek span dan salut aje dengan krim cheese dan taburkan cheese cheddar atas kek & simpan dalam peti aih. ^^



Agak-agak jadi dakkkk ???? ^^

....



...



..



.

















Haha. kemain...
Rupa  macam jadik...


Tapi rasa..... so so aje
Jadi la dari kempunan kannnnnn


Sekian, bai





Me,
Rasa so so aje, tapi habih gak kott.. hikhik



Thursday, 12 June 2014

Faham dak eh?



Kadang aku harap ada orang faham aku

Faham marah aku
Faham emo aku
Faham rajuk aku
Faham sedih aku
Faham diam aku

Faham semua buruk tentang aku

Tapi aku yang tak faham sebenarnya orang itu tak wujud.
Jadi sila buat-buat faham. Tak faham gak meh aku debik. Dussshhh !









Me,
Nac,sila jangan nak emo sangat

Tuesday, 10 June 2014

Emosi

Demi yang tersayang..

Aku cuba lindungi
Aku permudahkan jalan
Aku lapangkan dada
Aku mengalah
Aku rebah

Kerana akhirnya
Aku sendiri lelah dalam ketamakan

Hati aku bagaimana
Perasaan aku siapa peduli
Luka aku siapa nak rawat
Sakit hati siapa nk jaga
Marah siapa nak dengar

Ya, semua demi tersayang.
Berkorban hati dan perasaan demi sebuah kesenangan.

Terima kasih kamu semua.




Me,
I'm survivor.

Saturday, 24 May 2014

Cuti la wei

Assalamualaikum WBT




Cuti woiii...


Sila hargai cuti anda
Sila gembirakan hati anda
Sila lakukan sesuati yang nak sangat buat
Sila penuhi hari minggu dengan senyum walaupun ada orang kata anda gila

Ahhhhh pedulikan

Yang penting kita
Hati kita
Hari kita
Hidup kita

Tapi aku camna pulak..

Aku kalau makan jadi happy terus. hikhik. kuat makan tapi cekeding gak. bela saka paaa ^^

Tapi aku ada satu benda aku teringin. Aku nak makan kek keju bersalju (snow cheese cake).. sedattttt nyooo !!


Ni dia.....




         uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... nakkkkk.. nak sekarang gakk !



Itu saja segmen berbahong di hari wiken. adiosss. Bai





Me,
Semua nak. teruk betul. haishh nac nac

Friday, 23 May 2014

Ku keciwaa

Assalamualaikum WBT








Beberapa hari yang lepas, aku telah berada disituasi di mana aku aku dapat surat pengesahan / offer letter. Sepatutnya merasa gembira kan.

Namun.. kata-kata bos aku membuatkan aku sentap dan rasa moral kerja menjuman ke paras bawah dasar hati aku paling dalam. huh gila tragis kan

'Kerja masih tak cukup lancar, masih ada membuat kesilapan' dan bla bla bla...

Bagi orang lain mungkin okey la boss cakap camtu, bukan nya maki pon kan. Tapi bagi aku memang aku rasa down.

Aku bertungkus lumus selama tutttt bulan ni tahu samata-mata nak belajar, tak susah dia,tak nak banyak tanya dia. Datang awai gila, belum masuk waktu kerja dah buat kerja, tak berkira walau time rehat buat kerja walau balik lambit sikit (padahal pada hakikatnya dah mengelupur nak balik. hehe) Dan tahan segala emosi & kesabaran yang bersisa untuk melayan segala karenah client.

At least hargai tahap kebersungguhan aku kerja tanpa berkira dan sangat tepati masa. (cehhhhh poyo)

Yang tu jer ker dia nampak selama aku berkerja ni. sedih  nya lahai.

Lepas ni tak nak mai awai dah, nak mai on time dan betul-betul nak rehat time rehat.



Me,
Belajar sayangi diri . mesti

Friday, 9 May 2014

Bahagia itu sederhana. Bersyukurlah !

Assalamualaikum WBT...



Lama dah cek rasa gatai tangan. bukan gatai tangan nak dapat duit, tapi gatai tangan nak menaip, tapi akibat kemalasan melampau dan juga ketandusan idea untuk menaip lalu dibiarkan saja ia berlalu pergi tanpa arah dan tujuan,


Huh? apekah ketahian yang aku merepek kat atas nehhh ??


Ok lupakan. next...


Pada satu pagi hari yang damai, aku lihat semua orang dok kaluit dengan urusan masing-masing, ada yang nak pergi kerja, ada yang nak pergi sekolah, ada yang berniaga, ada yang kaluit nak kejar train takut terlepas ( err aku ler tuh. haha). Semua orang, berlainan bangsa,agama dan juga budaya ( apa kaitan ?) Dari riak muka ada yang gembira, ceria, marah dan muka selebet pun ada ( mungkin malaih nak pergi keje atau memang muka pesen tu, err aku pun heran ).


Siapa sangka di arus globalisasi moden ini, ketika masing-masing sibuk dengan perihal dunia sendiri. Kita lupa masih ada insan kurang bertuah yang ada sekililing kita,tak ramai, dan jujur aku cakap ada yang rasa keadaan itu dah jadi keadaan biasa, ya keadaan seharian.


Maksud aku apa ?

Peminta sedekah
Homeless (cewahhh. )
OKU
Orang tua


Dari pandangan biasa, kita rasa mende tu normal, tapi bagi aku lain. Aku rasa bila jumpa/nampak apa seperti aku cakap kat atas, aku rasa sangat-sangat bersyukur. bukan sebab nak hina or tak nak jadi camtu, tapi lebih kepada bersyukur dengan apa yang ada sekarang, lebih menghargai waktu-waktu sekarang. Boleh jadi motivasi aku bila aku susah, sedih dan bermasalah.


Dan aku akan ingat
Ohh.. aku patut bersyukur aku masih sihat
Aku masih ada rumah even uma sewa, kira ada gak la tempat berteduh,
Aku masih sihat, boleh la aku naksimpan sikit-sikit kalu one day sakit kan (err padahal aku boros gila)
Aku patut rasa bersyukur masih merasai nikmat sihat, mampu bekerja, mampu berjalan, mampu melihat, mampu bercakap, mampu mendengar mampu bercinta ( ehh  apa ni lari topik ?? x sensitif langsung)


Dan aku highligt kan sekali lagi, bukan niat aku nak pandang rendah, hina atau apa saja. Tapi aku melihat dari sudut hati yang tandus ini untuk melihat sebagai satu tanda/cara kita bersyukur dengan nikmat tuhan yang dipinjamkan sementara di dunia yang fana ini (ceeee ustazah ni)


Kita pun tak tahu, sempat ke kita tua, mampu ke kita kawal anggota badan andai tersurat pinjaman Allah itu setakat umur sekian-sekian sahaja, sempat ke aku nak ada rumah, mana tahu tiba-tiba bankrup, ada orang khianat/aniaya, hilang family dan tetiba jadi homeless. Jadi, apa yang aku nak cakap sekarang dengan keadaan yang sekarang patut bersyukur, bila kita rasa sederhana, baru rasa tenang dan bahagia akan seiring hadir.haaaa.. yang itu kita nak sebenarnya. gituhhhh


Mulai hari ini, sematkan diri, nampak je orang kurang bernasib baik dari kita, biasakan diri ucap dalam hati bersyukur. Alhamdulillah. Tapi kalu depa memerlukan pertolongan apa-apa, jangan banyak tanya tolong aje, ikhlas kan hati. contoh,orang buta tanya jalan ker, makchik/pakchik tengah berat akan barang ke, sesat ke kan. Esok lusa kita tua cam tu lah juga nak minta tolong orang muda, orang sihat.


Panjang aih aku dok bercerita hal dunia. Cukuplah tu.












Me,
Confuse. tetiba jadi serius, ketahian apekah ?


Saturday, 3 May 2014

Pernah tak rasa?

Assalamualaikum wbt

Pernah tak rasa ??

Rasa apa??

Hmmm malu aih nak cita (gedik gila)

Ye2
Macam ni bila tidur kita selalu mimpikan orang yang sama. Dia cakap rindu, kata nak jumpa lah itu lah ini lah sampai bangun pagi tengok-tengok banyak sungguh bulu mata dok jatuh( bagi mengukuhkan lagi cerita)

Tapi, yang sedih lagi confuse, realiti orang yang rindu aku dalam mimpi tak cakap apa pun aih, tengur pun idok apatah lagi bertanya khabar. Heran bak hang .

Jadi camtu lah cerita aku. Masih lagi dalam kekonfiusan.



Me,
Kot ye pun rindu call lah. Jangan la ego sangat kan.

Thursday, 1 May 2014

Saat jiwang


Assalamualaikum.. WBT


Mood aku hari ini tiba-tiba nak jiwang (padahal memang minah jiwang meleleh ==')
Kawan baya-baya aku almost 90 % dah kahwin, beranak pinak apatah la lagi banyak nya. Tinggal la aku dengan segelintir lagi masih sweet-sweet tunggu masa. ehekkk.

Dan tetiba aku rasa terharu beb dengar lagu ni beb. Rasa nak hadiahkan aje pada yang laki aku akan datang perghhhhh... macam kacan golek ajew... bisa dapat penampor ni. Ahhh biar kan nak gak kan


Ni lagu dia. wuuuuuu kasi tacing dulu







     to my future : terharu dakkk ???




Hehe. kemain aku kan. ^^




Me,
Jiwang dan aku berpisah tiada.

Wednesday, 30 April 2014

Marah ?? eeeuuww tak cool lah

Assalamualaikum...


Esok 1 Mei 2014
Haruslah happy sebab esok cuti. yahoooooo !!. hoi cuti sehari je ponggg. hover kan aku.

Kebiasaan dalam pukul 9,10 aku dah tido ni. Tapi hari ini bajet nak tido lewat cket ah. Sambil dengar lagu tangkap leleh kat THR. memamg layan, rasa macam di ambang wati.heaven rasa beb. huh ? (ape apekah kaitan dengan aku?)


Dari layan aku ketahian, mari layan tajuk hari ini ,yang mana aku cuba sampai kan ialah marah tak cool . Ye dop?
Dulu aku selalu pikir orang yang garang ni macam kuat, macam menakutkan orang dan macam ada kuasa. tu zaman masa aku kuno-kuno dulu la.
Tapi, laaa aku da besar, matang lagi serius aku baru sedar yang marah sebenarnya tak cool langsung.


Apa yang aku nampak bila orang marah/naik angin

1. Euueeewww tak cool langsung (bape kali nak ulang ni. ?? haiyaaaa )
2. Boleh buat kita hilang respect (ke aku je yang rasa ?)
3. Boleh meregangkan hubungan yang terjalin. gituhhhh
4. Nampak tak matang/tak profesional/tak pandai handle masalah
5. Tak boleh buat idola (pasaipa pulak nak wat idola. haruu aihh)
6. Tak leh nak buat teman gurau/ kamceng lagi dah sebab tahu dia cengge/bekeng


Setakat tu je aku rasa, banyak kang macam geluk pulak. tak sedor awok pun cepat naik angin gak. hehe. tapi sekarang ni bila aku tahu apa perasaan tengok orang marah, baru aku sedorrrr bahawasanya marah itu not so cool . Jadi setat saat ini aku dah kurang kan sifat itu. In Shaa Allah harap berterusan. amin. doakan






Look im so cool hokeyyyy ?


Lepas ni, kena senyum sokmo. positif selalu. Yay !
Oh ok, selamat hari pekerja naa esokk ^^




Me,
Think positive, look forward

Thursday, 24 April 2014

Tidur awaiii

Assalamualaikum WBT


Hye
Selamat malam

Sekarang da pukul berapa?
9.21 p.m.
Alamak aku kena cepat ni. cepat apa? cepat tido. hehe (hehe buruk perangai).
Sekarang ni aku kerap dan suka tido awal. tak tahu nape
rasa cam best je
rasa cam cukup tidor je
rasa macam kurang gelisah je
rasa macam balik kerja tak sabar nak tido awal (ape kejadah focus tang nak tido awal,tak sosial langsung.huh)

Biasala kan, pergi kerja tension, balik kerja pun tension. Time tidor ajelah aku betul rasa release tension. rasa serabut tension terubat.

Ikut hati tak nak keje, tapi duit ada sentiasa. voleyyy cam tu???
Boleh goyang-goyang kaki, tengok korea, makan cekedih, gelak-gelak,borak-borak
Ohhhhhhh indah nya dunia... (dengan bijik mata bersinar-sinar )

Arghhhhh,.. apa yang aku merepek ni memalam. aku takdak hala tuju menulis. focus tu tak dak sebab pikir nak tido je (ape kemende aku ni) hahaha. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama tido awal untuk kebaikan di hari esok. hehehe




hek eleyyy.pe hal  .ok per tido awai. mak tak marah kot





haaaa..  tengok ni. ada faham?? eh aku ni marah kat sapa? gilo apo





Me,
Harap mimpi best malam ni. Boring,selalu mimpi bangun-bangun tak ingat. huh

Wednesday, 16 April 2014

Harapan

Assalamualaikum wbt


Dah bulan April. Fuhh memang cepat masa la ni sekarang. Kejap je esok dah khamis kan . Pastu Jumaat dah happy. Sabtu Ahad cuti lagi la tak terasa tetiba dah Isnin balik. Haihh penat je dok tunggu Jumaat kan.

Apa yang aku merepek tadi kat atas. Esh eshhh apa laaaaa. Sebenarnya aku dalam mood yang tak best.

Aku tengah marah
Aku tengah sakit hati
Aku tengah takde mood
( So ade aku kesah kennn - kuajaqqq kata hati aku ni ehh)

Tapi aku harap masih ada secebis hati yang suci kalu masih ada dalam hati aku,

Untuk,
Segera memaafkan siapa yang menyakiti aku (even marah sangat, sebelum tido aku harap aku da maafkan)
Berdoa agar orang yang tak faham bahasa kebangsaan, suka buat masalah berulang kali benda yang sama agar diberikan hidayah untuk lebih fokus dan bertanggungjawap di masa hadapan.
Bersangka baik dengan orang walaupun instict dah cakap tak sedap.
Berfikitan positif selalu
Bersyukur dengan apa yang ada

In shaa Allah.
Aku nak hidup bahagia



Me,
Sederhana itu bahagia

Saturday, 22 March 2014

Balik kampung lagi. Yay !!!



Assalamualaikum WBT


Minggu depan aku balik kampung. ^^
Tak tahu lah apa yang nak diseronokan. Tapi perasaan balik kampung tu lain. Rasa happy aje.
Padahal balik pon 2 hari je punnnn. over je lebihhh .hahaha

Rindu lah nak tengok jalan kampung.
Sabar yer....

Bila balik je mesti nak jalan tak sedar diri.
Gatai je kaki ni nak melangkah. Ada je tempat nak pergi. Walaupun kedai runcit pun jadi la.

Oleh ituuu.. ayuhhh kita menghitung hari .
Sekarang hari Ahad, ada lagi  5 hari. ihikkkk







Me,
Kampung Girl

Saturday, 15 March 2014

15 Mac

Assalamualaikum


15 Mac

Hari ini hari lahir aku.
Tak sangka . Haihhhh da makin tua aku
Err tapi tak tua sangat. Sweet-sweet aje

Aku harap jadi makin matang dan serius
Tapi harap jela sebab aku bukan type tu
Sebab aku jenis emo tu tak leh matang. Apa daa

Aku nak kahwin tahun ni. Bulehh dakk ???
Hehe. Macam gedik jeeee

Aku happy hari ini.
Walaupun tak sambut dengan party.cehh poyo
Walaupun housmate tak ingat langsung
Walaupun mother pun lupa
Walaupun hadiah satu
Aku tetap bersyukur sebab masih bernafas lagi hari ini

Dah orang tak ingat,
Tak kan nak tengking pulak. Pelik

Yang penting kita happy dan tak expect apa-apa.


Nac
Birthday girl ❤️

Wednesday, 19 February 2014

Aku

Assalamualaikum


Macam aku cakap dulu, blog aku nama nye merah. Tapi macam tak gambarkan aku sebenarnya.
Tapi aku suka merah. Suka sangat. Dompet merah, casing hp merah, tuala nak merah, kalu boleh semua barang peribadi aku nak merah.

Tapi dalam hati??
Merah mungkin orang cakap happy
Merah mungkin orang cakap bahagia
Merah mungkin orang ckp happy go lucky
Merah mungkin orang cakap bersemangat waja
Merah mungkin orang cakap berwawasan
Mungkin juga seorang yang sukakan cabaran

Tapi, hakikatnya
Aku suka memendam rasa
Aku suka bersendirian
Aku suka tengok langit dan awan
Aku suka di comfort zone
Aku suka taip apa yang aku rasa
Aku suka berimaginasi

Mungkin aku ni berselindung di balik wajah yang ceria.
Sapa yang nak tahu sakit sedih kita
Ahh manusia memang suka tengok kita jatuh dan ada masalah
Jadi harus lah kuat kan.
Jangan nak lemah sangat .

Kadang sedih
Kadang gembira
Kadang delima
Adat lah tu



Nac,
Umur makin injak, ujian pun bukan calang.

Thursday, 13 February 2014

Liku



Assalamualaikum..


Dah lama rasa nya aku tak menaip. Rindu diari maya ku.

Aku kini sedang mencari kerja.

Penat, letih, putus asa, tak motivate. semua ada.

Apa yang mampu aku cakap bila lutut hampir menyembah bumi

' berusaha lagi, sabar.ada gembira di akhir nya. In shaa Allah. janji Allah itu pasti'

Semoga aku terus berusaha. tetap sabar. tetap tabah.




Me,
Ujian tanda sayang.