Tuesday, 26 November 2013

Kalau tension apa mau buat ?

Assalamualaikum.. WBT


Hai. Selamat tengah hari.





mak chik ni nampak macam tension sangat je 



Tension ? huh, apekah?

Oleh sebab malas nak cari maksud yang lebih tepat padu dan jitu. aku bagi maksud yang aku sendiri paham. hmm tension eh?.. bagi aku tension tu sesuatu benda yang buat rasa beban dalam otak dan resah gelisah di hati. Boleh cenggitu?

Beban dalam otak,sebab letih nak memikior kan nyer..selagi tak setel, selagi tu la kepala kita boleh pening.
Resah gelisah di hati sebab asyik riso aje keje nyer..

Begitulah adat resam manusia, budak-budak pun tension,apatah lagi yang kita kian dewasa ni..ceeeehh

Kadang-kadang tu aku rasa nak buang/atasi tekan dengan cara yang paling baik dan membawa faedah, namun, apakan daya niat kalu tak diiringi tindakan mana nak dapatkan kesannye.ye dopp? Hehe. Apa yang aku mampu cuma..


1. Rehat kan lah diriku

- Err dalam erti kata yang lebih formal, iaitu tidur. ^^. Aku rasa ni salah satu cara yang paling bernas dan sering kali menjadi pilihan ramai. Bagus apa, tak dak la kita duduk kacau orang lain kan. Ketika paling tension dan paling penat adalah ketika kita tidur lena amat/tidur mati. Macam mana nak tahu kita tidur mati ? Iaitu ketika rasa macam mimpi best gila dan banyak sangat, tapi bila sedar, tak ingat satu habuk pun mimpi tu.Huh ! macam geram je. ( = =' )


2. Makan lah buah-buahan

- Yang ini aku selalu buat, serius rasa happy lepas makan buah, nak nak lagi buah tu buah kesukaan diri-sendiri. Sebenarnya semua buah aku bantai, tapi nampak macam buruk perangai sangat, so makan lah dalam sejenis dua sahaja.



Ada orang cakap,lagi tension,lagi penat lagi la tak boleh tidur, err lain orang lain cara nya. Bagi aku macam kat atas tu je yang memberi kesan segera. Cara lain pun banyak, men candy crush ke, mandi ke, soping ke, masak ke,basuh pinggan ke, kemas rumah ke dan macam-macam lah.ikutlah kesesuaian fizikal dan mental masing-masing yerk.


Tension pun kadang tu bagus jugak, kalau kita pikir sesuatu yang positif, tension tu lah yang membuatkan kita lebih matang dalam mengendalikan masalah/tekanan, buatkan kita lebih peka dengan keadaan sekeliling, lebih mengajar kita erti tanggungjawap sebenarnya. Gituueeww


Hmmm...
Tetiba aku rasa malaih nak taip. okey bai.



Nac,
Kalau tak dak masalah, tak dak la kita belajar. ye dopp ?



Sunday, 24 November 2013

Sambal Belacan

Assalamualaikum...


Tengok tajuk aku. err dah kenapa nak sambal belacan bagai. Tahu la sambal belacan tu kaler merah. hikhik. tak dak aih, ni saja la aku. Buang tebiat apa resepi sambal belacan pun nak cerita, semua orang pandai buat aih..

Sokeyyy. tak apa,  bagi aku memasak itu seronok (baru belajar dah eksen = =') sebab dia macam eksperimen, pertama kali buat,tak semestinya jadi, kalu jadi memang melompat-lompat sebab suka sangat. Dan kalu yang tak jadi pertama kali, kali yang seterusnya kita tahu la nak adjust camna kan,ceeehh kemain aku, padahal nak buat sambal belacan je baru.gedik gila.





SAMBAL BELACAN MAK AKU






nampak macam entah apa-apa, tapi yang penting rasa dia .^^




Bahan-bahan

1 biji/sebatang cili besar
2 biji cili padi/api
Sedikit belacan  (agakla sebesar kuku jari hangpa)
Sedikit garam kasar (guna garam haluih pun takpa, mak aku cakap guna garam besar ni lagi sedap)
Limau nipis/limau kasturi



Cara-cara

Apa lagi, tumbuk,jangan tak tumbuk.haha
Dah setel baru perah limau.
Simpan dalam peti ais/tak nak simpan pun takpa. Tapi bagi sejuk sikit pun sedap jugak.




Tips:
-Ikut turutan (garam + cili besar + cili padi  + belacan)
-tak nak tangan pedih lepas tumbuk, sila pakai + ikat plastik dekat tangan.



Tetiba aku buat segmen resepi pulak.Confused dengan diri sendiri.


Nac,
Sharing is sedekah



Wednesday, 13 November 2013

Pertama Sekali

Assalamualaikum WBT









Hai. Selamat Pagi

Boleh panggil aku Nac ( bajet nak nama komersial sesaje).

Nama belog aku kemain meriah, merah mak ngah kononnya. Tapi aku sendiri tak semeriah itu. Ya, yang pasti aku memang peminat tegar warna merah. suka sangat. Tapi dalam hidup aku, aku sering saja berkebetulan dengan warna pink, kenapa ehh??, dan yang lebih menghairankan lagi hajat di hati aku, nanti rumah sendiri nak kaler unggu.
err ? boleh cenggitu ?


Motif aku buat belog nehh? (orang nak buat belog, dia pun sibuk nak buat jugak, haihhh). Aku ni sebenarnya seorang yang normal, suka happy-happy, suka buat lawak, suka sembang-sembang (ramah la kunun nya. puii). namun, bukan rezeki aku dapat berjumpa yang betul-betul sekepala,yang boleh get-along dengan aku. Susah sangat, dari zaman aku belajar, aku pernah jumpa orang sebegini, ada la zaman sekolah sorang, zaman universiti sorang dua, sumpah aku happy sangat, rasa macam tak nak masa tu berputar.Aku nak kawan dengan dia sampai bebila, jangan bagi dia kahwin (ini melampau). Tapi apa kan daya, setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, aku redha, aku masih rasa maniss nya persahabatan kita walaupun depa-depa sudah bekerjaya, berumah tangga dan jauh beribu batu dari aku. Kenangan itu sampai bila-bila.Huh tetiba feeling emosi pulak aku ni, jauh dari motif buat belog.HAHA


Err..saja la aku nak buat, nak happykan diri sendiri. Nak hargai hidup, nak imbas kenangan, nak rancang masa depan. Semua ada.Macam-macam.


Ini baru intro, nanti aku story-mory lagi.


Wokey,bai







Nac,
Budak baru belajar