Sunday, 24 November 2013

Sambal Belacan

Assalamualaikum...


Tengok tajuk aku. err dah kenapa nak sambal belacan bagai. Tahu la sambal belacan tu kaler merah. hikhik. tak dak aih, ni saja la aku. Buang tebiat apa resepi sambal belacan pun nak cerita, semua orang pandai buat aih..

Sokeyyy. tak apa,  bagi aku memasak itu seronok (baru belajar dah eksen = =') sebab dia macam eksperimen, pertama kali buat,tak semestinya jadi, kalu jadi memang melompat-lompat sebab suka sangat. Dan kalu yang tak jadi pertama kali, kali yang seterusnya kita tahu la nak adjust camna kan,ceeehh kemain aku, padahal nak buat sambal belacan je baru.gedik gila.





SAMBAL BELACAN MAK AKU






nampak macam entah apa-apa, tapi yang penting rasa dia .^^




Bahan-bahan

1 biji/sebatang cili besar
2 biji cili padi/api
Sedikit belacan  (agakla sebesar kuku jari hangpa)
Sedikit garam kasar (guna garam haluih pun takpa, mak aku cakap guna garam besar ni lagi sedap)
Limau nipis/limau kasturi



Cara-cara

Apa lagi, tumbuk,jangan tak tumbuk.haha
Dah setel baru perah limau.
Simpan dalam peti ais/tak nak simpan pun takpa. Tapi bagi sejuk sikit pun sedap jugak.




Tips:
-Ikut turutan (garam + cili besar + cili padi  + belacan)
-tak nak tangan pedih lepas tumbuk, sila pakai + ikat plastik dekat tangan.



Tetiba aku buat segmen resepi pulak.Confused dengan diri sendiri.


Nac,
Sharing is sedekah



No comments:

Post a Comment