Sunday, 27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA (2014)



Assalamualaikum WBT


Dah tak lama dah oi nak raya !! bapak excited gila nak balik kampung. ^^
Aku suka balik kampung. Suka sangat. Tak tahu kenapa. (cehhhh padahal orang len pun suka balik kg jugak. apa daaa). Hmmm aku harap kegembiraan aku balik kampung aku boleh dikongsi bersama dengan laki dan anak-anak aku aku akan datang (berangan kemain betul =,=). Yang akan suka juga balik kampung, yang suka suasana kampung ,yang tak kesah pun kalau ajak balik kampung tetiap bulan (boleh kopak ni. hehe). Tak pa selagi tak kahwin boleh doa kan dapat laki yang baik dan manjakan aku macam tu. Amin 44x.


Apa ni. orang cerita pasai raya la, bukan pasai kahwin. gatai ni!. Okok, nextt... tema baju raya family aku tahun ni gold. tapi masih tak beli-beli hingga kini.apakah kemalasan ini ?? Rasa macam nak pakai tahun lepas punya je. ahaaa save budget. hikhik


Nexttt.. tahun ni aku nak sponsor apa ya dekat rumah ?? kuih-kuih Kak Zura sudah beli, kerepek Kak Yah beli kan, air gas Abang Amir, Noni mesti buat kuih. Aku ? apa jenis bahagian nak bagi ni. Ponin niha nak memikiorkan. Bagi kekacang la, macam kebestsan aja. wuhuuu.oraittttt kira setel la ni.


Nexttt.. nak raya mana? Yang aku tahu, setiap tahun mesti pergi raya rumah Azira, kawan baik aku sedari sekolah rendah,masih hingusan sampai sekarang. dah jadi acara wajib, pastu rumah sedara, destinasi yang lain takdak, duduk rumah sahaja bajet jadi gadis sunti munti yang ayu lagi pemalu. puiiiiii


Tu saja kot. Tetiap tahun macam gitulah. tak lari mana pun. Rasa happy ja dapat berkumpul adik-beradik, dah la lama tak jumpa, anak-anak depa pun sedar-sedar cepat aja membesar, aku pun kalah. haihhh.hampa taw. T.T


End of my raya story.see you soon. muahx !


Apa pun.. Mak, Abah. I LOVE YOU !














Jom balik kampung woiiii !! Hahaha




SELAMAT HARI RAYA SEMUA !!!!!!









Me,
Terima kasih Allah ^^

Monday, 14 July 2014

Soseh-soseh Romadon



Assalamualaikum... WBT



Hai

Raya dah tak lama, lagi 2 minggu weiii. Jadinya minggu depan la aku balik kampung. wuhooo !
Tiket dah beli sebelum puasa lagi taw (eksaited kemain) tapi tiket balik kl belum lagi. haishhh tak yah balik la. nak menetap terus. Harap boleh. please


Persediaan nak balik raya ?
Apa pun aku tak dak buat apa-apa , kuih-muih raya ?? huuuuiiiii kelaut la jawapnya. hehe ^^
Yang aku tahu setiap tahun, raya nak balik kampung. kampung kampung dan kampung. harus ingat, future laki aku mesti kena suka kampung. tak suka rugi. Sebab apa ? sebab best, segar, ada dusun-dusun buah, ada sayur-sayur depan rumah (ehh sayur pun nak up gak. motif sangat.muahaha) ada kawasan rumah yang luas, makanan mur2,  makanan sedap-sedap contohnya laksa buyong, milo kepal, dan ada char kuew tiaw yang super sedap . perghhh best nya ! ni rasa macam  nak balik sekarang jugak. please please


Tengok.. aku dah merapu.
Baiklah. Hari ini hari cuti Nuzul Al-Quran. Marilah kita beramal sebanyak mungkin di bulan yang penuh barokah ini. In Shaa Allah.Amin.






Selamat datang ke Perak. wuhooooo ! 










Laksa buyong !.... Oh Tuhan.. nikmatnya







sumber gambar:
-bukit gantang by blog asamgaram2puteri
-laksa buyong by blog penabisu






Me,
Selamat bercuti !

Thursday, 10 July 2014

Donut





Assalamualaikum WBT


Suka makan donut dak ??
Kadang bila lama tak makan, pastu pulak bila suasana hujan teringat.. nak makan panas-panas... fuhhh heaven gila rasa dia wehhh.

Pastu pergi la cari kat tempat ada jual kuih, nampak donut, beli. Bila perasaan teruja nak makan.......


KERAS pulak.


memang hampehhh.spoilll, !!!    apakah kekecewaan ini ?

Membebel panjang pun tak guna, meh sini share resepi senang gila babas untuk buat donut,

resepi asal : dapur-mamasya.blogspot.com/2013/06/donut-mudah-lembut.html




Donut 1/2 dari mamasya buat (dapat dalam 10 bijik)


  • 3 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu besar butter/mentega   - cairkan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 paket yis mauripan



Cara-cara  (aku akan instruc secara semudah mungkin ~ cehhh gaya cam reti sangat.puiii)

1. Cairkan butter, dah cair satukan dengan telur. ketepikan
2. Gula + susu pekat + air suam satukan. dan larut letak mauripan (biar 10 minit)
3. step 1 + step 2
4. Step 3 + tepung gadum . Gaul (biarkan 40 minit)
5. Doh akan lembik sikit, guna banyak tepung di tangan. Ratakan dan tekap dengan acuan bulat. guna cawan pon boleh. buat lubang tengah
6. Goreng
7. Gaul dengan gula.
8. Ngappppp


















Mudah kannnnnn ?


Tapi gambar hoverrr kemain. ==' haha saborlahhhhh










Me,
Kenyang perut, senang hati. Alhamdulillah


Saturday, 5 July 2014

Selamat Berpuasa



Assalamualaikum WBT


Hi !

Selamat berpuasa. Puasa ke??? Haha. aku puasa lahhh.

Tetiba esok dah hari ke-8 puasa. gila cepat masa sekarang ni. Buat apa tak tahu. Rasa macam duduk rilex-rilex aje.

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara, sihat sebelum sakit.. hidup sebelum mati

Bila aku duduk buat rilex-rilex , ambik hang, rasa lagu raihan ni sayup-sayup lalu kat telinga aku nehhh. Tudiaaa... mendapat dahh..

Yelah..
Aku cuba jadi lebih baik dari semalam, kalu tak dak yang baik, aku dok diam-diam. (errr nak tunjuk alim pulak bulan posa ni). hehe, padahal perangai sama geng dengan hantu aje. ^^

Apa yang aku cuba  nak sampaikan ni? tak dak motif langsung. dok merapu tak ketahuan ada la. input takdak langsung, mesej tak sampai...ceeeeeehhhh kemain kan.

Ok ok ok, apa yang aku cuba nak sampai kan adalah





SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM. 

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERSYUKUR MASIH DI BERI PELUANG UNTUK MERASAI NIKMAT BERPUASA LAGI PADA TAHUN INI.
 ALHAMDULILLAH !













p/s untuk diri sendiri : Jangan membaziaq di bulan romadon naaaaa






Me,
Alhamdulillah.syukur !