Wednesday, 30 April 2014

Marah ?? eeeuuww tak cool lah

Assalamualaikum...


Esok 1 Mei 2014
Haruslah happy sebab esok cuti. yahoooooo !!. hoi cuti sehari je ponggg. hover kan aku.

Kebiasaan dalam pukul 9,10 aku dah tido ni. Tapi hari ini bajet nak tido lewat cket ah. Sambil dengar lagu tangkap leleh kat THR. memamg layan, rasa macam di ambang wati.heaven rasa beb. huh ? (ape apekah kaitan dengan aku?)


Dari layan aku ketahian, mari layan tajuk hari ini ,yang mana aku cuba sampai kan ialah marah tak cool . Ye dop?
Dulu aku selalu pikir orang yang garang ni macam kuat, macam menakutkan orang dan macam ada kuasa. tu zaman masa aku kuno-kuno dulu la.
Tapi, laaa aku da besar, matang lagi serius aku baru sedar yang marah sebenarnya tak cool langsung.


Apa yang aku nampak bila orang marah/naik angin

1. Euueeewww tak cool langsung (bape kali nak ulang ni. ?? haiyaaaa )
2. Boleh buat kita hilang respect (ke aku je yang rasa ?)
3. Boleh meregangkan hubungan yang terjalin. gituhhhh
4. Nampak tak matang/tak profesional/tak pandai handle masalah
5. Tak boleh buat idola (pasaipa pulak nak wat idola. haruu aihh)
6. Tak leh nak buat teman gurau/ kamceng lagi dah sebab tahu dia cengge/bekeng


Setakat tu je aku rasa, banyak kang macam geluk pulak. tak sedor awok pun cepat naik angin gak. hehe. tapi sekarang ni bila aku tahu apa perasaan tengok orang marah, baru aku sedorrrr bahawasanya marah itu not so cool . Jadi setat saat ini aku dah kurang kan sifat itu. In Shaa Allah harap berterusan. amin. doakan






Look im so cool hokeyyyy ?


Lepas ni, kena senyum sokmo. positif selalu. Yay !
Oh ok, selamat hari pekerja naa esokk ^^




Me,
Think positive, look forward

Thursday, 24 April 2014

Tidur awaiii

Assalamualaikum WBT


Hye
Selamat malam

Sekarang da pukul berapa?
9.21 p.m.
Alamak aku kena cepat ni. cepat apa? cepat tido. hehe (hehe buruk perangai).
Sekarang ni aku kerap dan suka tido awal. tak tahu nape
rasa cam best je
rasa cam cukup tidor je
rasa macam kurang gelisah je
rasa macam balik kerja tak sabar nak tido awal (ape kejadah focus tang nak tido awal,tak sosial langsung.huh)

Biasala kan, pergi kerja tension, balik kerja pun tension. Time tidor ajelah aku betul rasa release tension. rasa serabut tension terubat.

Ikut hati tak nak keje, tapi duit ada sentiasa. voleyyy cam tu???
Boleh goyang-goyang kaki, tengok korea, makan cekedih, gelak-gelak,borak-borak
Ohhhhhhh indah nya dunia... (dengan bijik mata bersinar-sinar )

Arghhhhh,.. apa yang aku merepek ni memalam. aku takdak hala tuju menulis. focus tu tak dak sebab pikir nak tido je (ape kemende aku ni) hahaha. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama tido awal untuk kebaikan di hari esok. hehehe




hek eleyyy.pe hal  .ok per tido awai. mak tak marah kot





haaaa..  tengok ni. ada faham?? eh aku ni marah kat sapa? gilo apo





Me,
Harap mimpi best malam ni. Boring,selalu mimpi bangun-bangun tak ingat. huh

Wednesday, 16 April 2014

Harapan

Assalamualaikum wbt


Dah bulan April. Fuhh memang cepat masa la ni sekarang. Kejap je esok dah khamis kan . Pastu Jumaat dah happy. Sabtu Ahad cuti lagi la tak terasa tetiba dah Isnin balik. Haihh penat je dok tunggu Jumaat kan.

Apa yang aku merepek tadi kat atas. Esh eshhh apa laaaaa. Sebenarnya aku dalam mood yang tak best.

Aku tengah marah
Aku tengah sakit hati
Aku tengah takde mood
( So ade aku kesah kennn - kuajaqqq kata hati aku ni ehh)

Tapi aku harap masih ada secebis hati yang suci kalu masih ada dalam hati aku,

Untuk,
Segera memaafkan siapa yang menyakiti aku (even marah sangat, sebelum tido aku harap aku da maafkan)
Berdoa agar orang yang tak faham bahasa kebangsaan, suka buat masalah berulang kali benda yang sama agar diberikan hidayah untuk lebih fokus dan bertanggungjawap di masa hadapan.
Bersangka baik dengan orang walaupun instict dah cakap tak sedap.
Berfikitan positif selalu
Bersyukur dengan apa yang ada

In shaa Allah.
Aku nak hidup bahagia



Me,
Sederhana itu bahagia