Assalamualaikum WBT...
Lama dah cek rasa gatai tangan. bukan gatai tangan nak dapat duit, tapi gatai tangan nak menaip, tapi akibat kemalasan melampau dan juga ketandusan idea untuk menaip lalu dibiarkan saja ia berlalu pergi tanpa arah dan tujuan,
Huh? apekah ketahian yang aku merepek kat atas nehhh ??
Ok lupakan. next...
Pada satu pagi hari yang damai, aku lihat semua orang dok kaluit dengan urusan masing-masing, ada yang nak pergi kerja, ada yang nak pergi sekolah, ada yang berniaga, ada yang kaluit nak kejar train takut terlepas ( err aku ler tuh. haha). Semua orang, berlainan bangsa,agama dan juga budaya ( apa kaitan ?) Dari riak muka ada yang gembira, ceria, marah dan muka selebet pun ada ( mungkin malaih nak pergi keje atau memang muka pesen tu, err aku pun heran ).
Siapa sangka di arus globalisasi moden ini, ketika masing-masing sibuk dengan perihal dunia sendiri. Kita lupa masih ada insan kurang bertuah yang ada sekililing kita,tak ramai, dan jujur aku cakap ada yang rasa keadaan itu dah jadi keadaan biasa, ya keadaan seharian.
Maksud aku apa ?
Peminta sedekah
Homeless (cewahhh. )
OKU
Orang tua
Dari pandangan biasa, kita rasa mende tu normal, tapi bagi aku lain. Aku rasa bila jumpa/nampak apa seperti aku cakap kat atas, aku rasa sangat-sangat bersyukur. bukan sebab nak hina or tak nak jadi camtu, tapi lebih kepada bersyukur dengan apa yang ada sekarang, lebih menghargai waktu-waktu sekarang. Boleh jadi motivasi aku bila aku susah, sedih dan bermasalah.
Dan aku akan ingat
Ohh.. aku patut bersyukur aku masih sihat
Aku masih ada rumah even uma sewa, kira ada gak la tempat berteduh,
Aku masih sihat, boleh la aku naksimpan sikit-sikit kalu one day sakit kan (err padahal aku boros gila)
Aku patut rasa bersyukur masih merasai nikmat sihat, mampu bekerja, mampu berjalan, mampu melihat, mampu bercakap, mampu mendengar mampu bercinta ( ehh apa ni lari topik ?? x sensitif langsung)
Dan aku highligt kan sekali lagi, bukan niat aku nak pandang rendah, hina atau apa saja. Tapi aku melihat dari sudut hati yang tandus ini untuk melihat sebagai satu tanda/cara kita bersyukur dengan nikmat tuhan yang dipinjamkan sementara di dunia yang fana ini (ceeee ustazah ni)
Kita pun tak tahu, sempat ke kita tua, mampu ke kita kawal anggota badan andai tersurat pinjaman Allah itu setakat umur sekian-sekian sahaja, sempat ke aku nak ada rumah, mana tahu tiba-tiba bankrup, ada orang khianat/aniaya, hilang family dan tetiba jadi homeless. Jadi, apa yang aku nak cakap sekarang dengan keadaan yang sekarang patut bersyukur, bila kita rasa sederhana, baru rasa tenang dan bahagia akan seiring hadir.haaaa.. yang itu kita nak sebenarnya. gituhhhh
Mulai hari ini, sematkan diri, nampak je orang kurang bernasib baik dari kita, biasakan diri ucap dalam hati bersyukur. Alhamdulillah. Tapi kalu depa memerlukan pertolongan apa-apa, jangan banyak tanya tolong aje, ikhlas kan hati. contoh,orang buta tanya jalan ker, makchik/pakchik tengah berat akan barang ke, sesat ke kan. Esok lusa kita tua cam tu lah juga nak minta tolong orang muda, orang sihat.
Panjang aih aku dok bercerita hal dunia. Cukuplah tu.
Me,
Confuse. tetiba jadi serius, ketahian apekah ?

No comments:
Post a Comment